Hanya dengan menggunakan pensil dan selembar kertas, lukisan tiga dimensi (3D) ini menjadi begitu menakjubkan sehingga membuatkan lukisan yang dihasilkan seakan-akan muncul dari dalam kertas.
Fredo yang hanya berusia 20 tahun, pelukis yang berasal dari Chili dengan begitu berjaya menarik peminat dunia seni online dengan sketsanya. Dia sekarang akan membawa karya seninya ke jalan-jalan kota Santiago untuk menambahkan lagi peminatnya.
Fredo atau nama asalnya Wladimir Inostroza, mempelajari teknik melukis 3D secara kebetulan semasa melukis lukisan pertamanya iaitu lukisan kupu-kupu semasa berbaring di tempat tidurnya, Fredo menyadari bahawa gambar yang dihasilkannya telah membentang ke seluruh halaman kertasnya.
Setelah mengamati dengan lebih dekat, dia melihat bagaimana haiwan yang dilukisnya itu nampk timbul, dan secara kebetulan ia telah menggunakan kaedah yang mirip dengan kaedah yang digunakan oleh seniman 3D Barat.
Hebatkan?
0 note (s):
Post a Comment